Saturday 21 June 2014

My Life In Pasum

Assalamualaikum......
Lamanya tak menulis...!!!!! wahhhhh.... excitednya... hehehehehe

hari ini adalah hari Sabtu ke lima Niena sebagai student Pasum... Rahsia tau perkara ni... Niena tak bagitau orang lain pun Niena ada kat sini.. Kat facebook pun tak bagitau terang - terangan.. tak da nya Niena nak tulis dengan bangganya 'SAYA PELAJAR PASUM BATCH 14/15'.. memang berani mati la sesapa yang buat macam tu... Niena memang taku + seram + risau sangat - sangat bab nak ngaku jadi student Pasum ni..

Mesti ada yang akan kata 'eh Niena ni tak reti bersyukur ke? '. Bukan tak bersyukur tapi Niena rasa orang lain ada high expectation terhadap student - student Pasum.. oleh sebab Niena masih rasa bahawa Niena tak boleh bagi komitment terhadap perkara tersebut, jadi Niena tak mau la di bebankan dengan expectation dari orang lain... ok? faham tak? tak faham pun tak pa.. bukan masuk exam pun kan?

ok! next is, I wanna share my experience during 4 weeks I'm here..
Niena stay di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah atau pun nama pendeknya KK12. Tingkat 1. Sayap A.. boleh la datang melawat ye....

ni kat tgh2 antara blok c dan d



First time melangkah ke kolej kediaman ini.,,,,,,,my expression was like this
memang tersangat lah mental breakdown. Ini semua blogger punya pasal.. abang-abang dan kakak-kakak pasum yang dah keluar tu, diorang memang dah sayang dengan KK12. so, memang diorang cerita yang best-best la.. so,my expectation memang setinggi gunung everest la.. kita yang baru nak masuk ni,,,, aduhai... macam mana nak cakap eh... tak tau la.. korang datang sendiri la.... tapi sekarang Niena dah menerima segala hakikat.. jadi,KK12 is the best la! bila dah pergi melawat kk yang lain tu, memang rasa bersyukur la dapat kk12.. kat kk12 semua kemudahan ada. cafe,(utk boys tgk bola dan buat bising sampai girls tak boleh tidor.. bagossss sangat), ATM, dobi, washing machine (walaupun floor Niena tak da benda ni,tgk org lain guna pun cukup la.. ), ada lift (kk lain pun ada rasanya,...), ada kedai photocopy, gunting rambut, koperasi dan sebagainya..

Next is Pasum. bangunan pasum memang best la sebab masih baru dan kemudahannya banyak..
 lagipun Niena student fizikal, kitorang diberi peluang untuk guna kompleks pasum masa first semester ni..kitorang guna auditorium untuk kuliah,
bilik tutorial dan lab kitorang suma dalam kompleks Pasum. so, kitorang tak payah bergerak banyak sangat la bila nak tukar kelas. just naik lift naik turun ja.. malang nya bagi student hayat, diorang guna Dewan Kuliah Utama untuk kuliah dan bilik-bilik tutorial di sekitar Ambang Asuhan Jepun dan lab diorang guna lab di Bangunan Baru Pasum (jangan tertipu di sini, namanya sahaja yang baru tapi bangunan tersebut sudah lama k..). diorang ni kena banyak bergerak lah..

lecture kat sini semua baik-baik.. so memang enjoy la.. here Niena share sikit gambar ok...
ni apa yang korang akan nampak bila ada kat bangunan pasum
oleh sebab bangunan pasum ni terletak atas bukit sikit, kitorang memang kena hiking la pagi-pagi dengan berbaju kurung semua.. so, bila bersiap nak pergi kelas tu, tak payah cantik-cantik.. lagi bagus kalau tak payah mandi. korang bawak je tuala dan baju salin ,mandi je kat Pasum. kalau bersiap cantik-cantik pun tak guna sebab selepas hiking korang akan berpeluh basah habis baju...
 okeyh..lupa nak cerita part yang paling best nih.. kat bangunan pasum tu ada kantin. kantin tu macam atas bukit sikit la kat tepi bangunan pasum.. yang bestnya kantin ni,makanan dia murah. dan bila korang makan tu boleh la pilih nak duduk kat luar ataupun dalam.. kalau korang makan kat luar tu bestla sikit sebab nampak alam semulajadi kan.. korang juga akan dilawat oleh rakan-rakan yang turut berada di Pasum iaitu.....
en dan puan monyet...
memang banyak sangat diorang ni.. diorang akan turun siap tunggu kita habis makan lagi sebab nak ambil sisa makanan...

this is library pasum. korang boleh la lepak lepak kat sini... nak tidor ka, study group ka, dating pun ramai ja orang buat....( tapi korang tak yah la buat benda yang tak berfaedah k? fikir la sendiri ) ni just sebahagian kecil libraby ja tau... kat libraru nih, wifi memang superb la..

 ini pula locker saya.. untuk lab chemistry... kemas tak????!!!!!
saja je nak letak gambar diorang nih.. hihi.. yang kat depan tu, baju oren is my jiran merangkap best friend merangkat kuliah mate merangkap makan mate Niena kat pasum nih.. haha... study mate pun dia lah jugak.. asal Johor.. rajin sangat study dan membantu dalam pelajaran la.. dia ni tak kedekut ilmu.. bagus bagus.. yang kat belakang sikit tu pulak is my room mate merangkap my best friend jugak.. dia bukan classmate dan kuliah mate Niena sebab dia student hayat... my roommate ni cantik tau.. jelez I.. haha..

ok lah korang ... INGAT...!

No comments:

Post a Comment