Friday 20 October 2017

Man of My Heart

Dia seorang lelaki yang selalu ada. Saat susah, senang, sihat, sakit, jatuh dan bangun.

Dia menyokong apa jua keputusanku.
Dia penasihat dalam apa jua masalahku.
Dia sentiasa menjadi pemujuk rajukku.
Dia sentiasa menjadi peneman sunyiku.
Dia sentiasa ada melayan kerenahku.

Sungguh aku rindu.
Rindukan kau.

Tiba saat kau pergi.
Tinggalkan aku.
Berat untuk aku.

Kau masih ada.
Dekat tetapi jauh.
Ada tapi tidak zahir.
Kau ada dengan aku.

Andai kau disini, terlalu banyak untuk aku ceritakan. Terlalu banyak untuk aku kongsikan.

Aku lulus peperiksaan dengan cemerlang.
Aku ada di universiti terbaik di Malaysia.
Aku belajar di tempat hebat.
Pasti kau bangga.

Akan aku kongsi kisah remaja aku.
Kawan kawan aku.
Cerita cerita cinta monyet aku.
Pasti kau cemburu.

Aku penat belajar.
Aku penat jaga hati manusia.
Aku putus asa menunggu.
Aku menangis kecewa.
Bila manusia jatuhkan aku.
Pasti kau pujuk aku.
Kau usap kepala aku.
Kau peluk aku.

Sesal aku masih banyak.
Sesal aku tidak memelukmu saat kau ada.
Sesal aku tidak ucap sayang saat kau ada.
Sesal aku tidak tidak terungkap.

Sungguh aku rindu.
Sungguh aku rindu.
Aku rindu.

No comments:

Post a Comment